RSS
LCD Text Generator

Sunday, February 26, 2012

AKTIVITI PERBINCANGAN 3




Salam semua....moga hari ini lebih baik dari hari semalam....

Berdasarkan dua gambar di atas, sila bincangkan perbezaan keduanya dan hukum memakannya....
Daun selasih si daun salam....terima kasih Wassalam.....

AKTIVITI PERBINCANGAN 2

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.....
Kepada semua rakan dan pelajar-pelajar...mg sihat sejahtera dan berada di dalam lindungan ALLAH hendaknya....
Berdasarkan gambar2 di atas, sila jelaskan rukun-rukun sembelihan dengan jelas.....Selamat menjawab dan semoga berjaya...

Wednesday, January 25, 2012

LATIHAN OBJEKTIF

1 .Hukum menyembelih binatang yang halal dimakan ialah:
a) Wajib     b) Haram     c) Haram    d) Harus

2. Apakah hukum memakan binatang yang tidak disembelih?
a) Makruh     b) Harus     c) Makruh     d) Haram

3. Berikut adalah binatang-binatang yang wajib disembelih.
a) Ayam dan Lembu
b) Kambing dan Ikan
c) Kerbau dan Belalang   
d) Belalang dan Sotong


4. Berikut adalah rukun-rukun sembelihan kecuali :
a) Alat sembelihan
b) Binatang sembelihan    
c) Orang yang menyembelih
d) Tempat dan waktu sembelihan

5. Namakan ibadah yang dilakukan dengan menyembelih binatang pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik.
a) Ibadah Haji
b) Ibadah Qurban
c) Ibadah Aqiqah
d) Ibadah Umrah

AKTIVITI PERBINCANGAN 1

  1. Jelaskan pengertian sembelihan menurut syarak?
  2. Apakah hukum sembelihan?Tuliskan dalilnya sekali.
  3. Senaraikan empat hikmah disyariatkan sembelihan.
  4. Berikan perbezaan diantara Halkum dan Merih atau marih.
  5. Nyatakan rukun-rukun sembelihan dengan lengkap.

Friday, December 30, 2011

PERKARA-PERKARA SUNAT





Di antara perkara-perkara sunat 
ketika menyembelih


Menghadap Qiblat.

  • Sunat orang yang menyembelih dan binatang yang akan disembelih menghadap qiblat. Hadapkan binatang sembelihan  ( leher ) ke arah qiblat sekiranya binatang itu seperti kambing, baringkannya disebelah rusuk kirinya.

SYARAT-SYARAT SEMBELIHAN


SYARAT-SYARAT MENYEMBELIH
 
1.        Orang yang menyembelih. (  ذَبحٌ   )

a)   Islam atau ahli kitab.
b)   Berakal.
c)     Sedar bukan dalam keadaan tidur.
d)   Makruh sembelihan orang yang buta.
 
2.       Binatang yang disembelih. (   ذَبِيحٌ)

a)   Halal dimakan
b)   Hayat Mustaqirah (مستقرة    حياة ) 
-         Hidup atau pergerakan yang kuat. Apabila disembelih, memancut darahnya.
 
3.      Alat menyembelih   (مَذبِحٌ )

a)   Tajam yang melukakan seperti pisau, panah dan sebagainya.
b)   BUKAN kuku, tulang atau gigi.
c)     Bukan alat yang berbisa seperti lembing yang disapukan racun.

4.     Perbuatan menyembelih ذَبحٌ )

a)   Satu kali sembelih.
b)   Putus urat halkum dan marik.
c)     Niat kerana Allah.