RSS
LCD Text Generator

Friday, December 30, 2011

PERKARA-PERKARA SUNAT





Di antara perkara-perkara sunat 
ketika menyembelih


Menghadap Qiblat.

  • Sunat orang yang menyembelih dan binatang yang akan disembelih menghadap qiblat. Hadapkan binatang sembelihan  ( leher ) ke arah qiblat sekiranya binatang itu seperti kambing, baringkannya disebelah rusuk kirinya.

SYARAT-SYARAT SEMBELIHAN


SYARAT-SYARAT MENYEMBELIH
 
1.        Orang yang menyembelih. (  ذَبحٌ   )

a)   Islam atau ahli kitab.
b)   Berakal.
c)     Sedar bukan dalam keadaan tidur.
d)   Makruh sembelihan orang yang buta.
 
2.       Binatang yang disembelih. (   ذَبِيحٌ)

a)   Halal dimakan
b)   Hayat Mustaqirah (مستقرة    حياة ) 
-         Hidup atau pergerakan yang kuat. Apabila disembelih, memancut darahnya.
 
3.      Alat menyembelih   (مَذبِحٌ )

a)   Tajam yang melukakan seperti pisau, panah dan sebagainya.
b)   BUKAN kuku, tulang atau gigi.
c)     Bukan alat yang berbisa seperti lembing yang disapukan racun.

4.     Perbuatan menyembelih ذَبحٌ )

a)   Satu kali sembelih.
b)   Putus urat halkum dan marik.
c)     Niat kerana Allah.

RUKUN SEMBELIHAN


 
ü RUKUN SEMBELIHAN :

Orang yang menyembelih.

Binatang yang disembelih.

Alat menyembelih.

Perbuatan menyembelih.

HIKMAH DISYARIATKAN



Antara hikmahnya:


@ Sebagai tanda ketaatan kepada Allah S.W.T.
@ Dapat membezakan antara sembelihan menurut syarak dengan 
yang tidak menurut syarak.
@ Dapat membersihkan daging binatang daripada darah yang mengandungi penyakit.
@ Dapat mematikan binatang yang disembelih dengan segera.
@ Daging yang dimakan itu halal.
@ Menyembelih itu ibadat dan memakannya mendapat pahala.

DALIL AL-QURAN DAN HADITH




121. Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana Sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), Sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.





سبدا رسول الله صلى الله عليه وسلم

   عَن رَافِع إبنِ خَديج رضى الله عنه عَن النبي صلى الله عليه

 وسلم قَال : مَا انهَرَ الدمَّ

 وَذكِرَ اسمُ اللهِ عَلَيهِ فـَكـُـلـُوا مَا يَكـُن سِنَّا أَو ظُُـفرًا

(رواه البخاري) 


 
Maksudnya: “Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah.”
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

ISI KANDUNGAN





1. PENGERTIAN




Sembelihan ialah:


Memutuskan urat halkum (حلقوم) dan marik(مريء) pada bahagian leher binatang yang halal dimakan dengan niat kerana Allah S.W.T, untuk menghilangkan nyawanya supaya dapat dimakan dagingnya menurut syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu.



2. HUKUM

Hukum menyembelih binatang untuk dimakan adalah WAJIB






OBJEKTIF PEMBELAJARAN




  • Menjelaskan perbezaan antara makanan yang halal dan haram.

  • Memahami rukun dan syarat sah sembelihan.




TUJUAN BLOG INI DI BINA





Terbinanya blog ini bagi memberi penerangan ringkas mengenai SEMBELIHAN yang mana ianya menjadi suatu ibadah WAJIB yang dituntut dalam ISLAM. Justeru itu, melalui blog ini akan diterangkan serba sedikit mengenai beberapa perkara asas dalam penyembelihan. Diharapkan penerangan yang ringkas ini dapat membantu bagi memahami sebab dan kenapa disyariatkan penyembelihan dalam ISLAM.

Salam Ukhwah Buat Semua



"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara: Sedeqah Jariah, Ilmu yang bermanfaat & Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya".


Semoga usaha kecil ini dapat dikongsi dan memberi manfaat kepada semua yang membacanya serta mendapat keredhaan dariNYA. Ameen...